Latar belakang Rafiena Ezanee Ramli

Rafiena Ezanee telah bersekolah di Sekolah Rendah Laka Temin, Bukit Kayu Hitam, Kedah hingga berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam Selangor. Kemudian, Selepas memperoleh keputusan SPM beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang seni persembahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Selepas itu, beliau meninggalkan pengajiannya yang baru memasuki semester satu itu kerana beliau memperoleh tawaran untuk menjadi pramugari di Penerbangan Malaysia (MAS) dan pada masa yang sama beliau telah menceburi bidang lakonan, ketika itu beliau hanya berlakon dengan produksi terbitan Skop Production Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Datuk Yusof Haslam. Oleh kerana masih terikat dengan syarikat penerbangan beliau hanya berlakon dalam beberapa buah drama. Beliau berhenti kerja sebagai pramugari ketika beliau berusia 22 tahun.